Iklan Lebaran Malaysia TV3 2010 Yang Kontroversi

TV Shows. September 6, 2010 by Bidadari.
Iklan Lebaran Malaysia TV3 2010 Yang Kontroversi


LOL lebaran kok iklannya ada sinterklas yahoo

Iklan Lebaran Malaysia TV3 2010 Yang Kontroversi | 8.81 MB


Perbagai lapisan masyarakat menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan iklan terbaru TV3 berkaitan ucapan “Selamat Hari Raya” khusus kepada para penonton TV3.

Video iklan yang berkenaan yang tersebar luas di facebook, youtube dan blog sejak 2 hari lepas mendapat kecaman hebat pelbagai pihak.

Imej beca terbang ala-santa claus jelas boleh mengelirukan penonton khususnya golongan kanak-kanak. Sekali imbas ia sudah kelihatan seperti iklan krismas bagi penganut agama kristian.

Lebih mengejutkan, terdapat penggunaan bunga “amithaba” atau bunga lotus yang amat sinonim dengan penganut Buddha. Bunga lotus adalah lambang kesucian tuhan Brahma atau “Brahma God” ditayangkan berulang kali sehingga ke akhir iklan.

Di peringkat awal iklan pula memaparkan penggunaan tulisan jawi secara terbalik menimbulkan persoalan apakah tujuan iklan ini dibuat di waktu umat Islam sedang berada pada kemuncak bulan Ramadhan. Selain itu, “close up” di tayangan awal mendapati paparan sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok ‘seakan-akan’ pohon Krismas dikelilingi dengan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). Ia jelas menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini di samping boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mengelirukan golongan Non-muslim.

Para pengkritik mengaitkan imej ini dimasukkan sempena dengan konsep 1Malaysia yang dipaparkan kerajaan.

Masyarakat kini sedang giat menyebarkan maklumat protes dan kelab ‘anti’ TV3 juga kini giat mendapat sambuntan khususnya di kalangan pelayar facebook atau para bloggers.

Bagi pelayar facebook, sila klik webpage dibawah untuk menonton video yang dimaksudkan : http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=1275079176949&ref=mf atau klik youtube berikut http://www.youtube.com/watch?v=tO1e6KXO88U&feature=player_embedded untuk paparan lanjut.

Pihak TV3 digesa menarikbalik iklan berkenaan di samping menyiarkan permohonan maaf secara terbuka. Ianya bukanlah isu kecil malah melibatkan krisis akidah umat Islam. Penonton tv3 yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu Muslim seharusnya bangun menyuarakan bantahan kepada pihak berkaitan khususnya kepada Kerajaan Malaysia agar tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyiarkan iklan yang sebegini rupa.

Watch Tv shows online. Download videos Iklan Lebaran Malaysia TV3 2010 Yang Kontroversi - unlimited stream access anywhere.

Download File

Share
  • Featured link
  • [6-09-2010]
33d2fec

Comment